RSS

PERATURAN PSS

PERATURAN-PERATURAN AM

  • Pengguna digalakkan memakai pakaian yang sesuai ketika berada di perpustakaan. Pakaian jeans, seluar pendek, skirt, pakaian seksi, selipar, dan pakaian-pakaian lain yang sejenis dengannya tidak dibenarkan sama sekali.
  • Pengguna hanya dibenarkan membawa masuk alat tulis dan buku tulis sahaja ke dalam perpustakaan. Manakala beg, fail peribadi, dan bahan-bahan yang mencurigakan hendaklah diletak di atas para/rak di luar bilik perpustakaan.
  • Bahan-bahan di perpustakaan tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan sebelum ia direkod oleh Penyelaras PSS / Guru PSS I / Pengawas PSS.
  • Membawa keluar bahan-bahan perpustakaan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan. Murid yang terlibat akan dihukum.
  • Pengguna dilarang daripada makan dan minum di dalam perpustakaan.
  • Berbincang, berbual, berkelakuan sumbang, dan  aktiviti-aktiviti lain yang boleh mengganggu ketenteraman dan keharmonian pengguna lain adalah dilarang.
  • Pengguna dikehendaki menjaga kebersihan dan keselamatan bahan-bahan di perpustakaan.
  • Pengguna hendaklah meletak kembali buku yang telah dibaca/dirujuk ke rak asal buku tersebut. Sekiranya tidak pasti tempatnya, sila letakkan di troley yang di sediakan atau minta nasihat daripada Pengawas PSS yang bertugas.
  • Pengguna hendaklah menghormati dan mematuhi arahan daripada Pengawas PSS yang sedang bertugas.
  • Pengguna dilarang daripada berbuat bising atau mesti dalam keadaan senyap.
  • Pengguna diminta menarik kerusi dengan perlahan untuk mengelak daripada mengganggu pengguna lain.
  • Pengguna diminta merapatkan kembali kerusi yang digunakan ke meja sebelum beredar.
  • Pengguna hendaklah memastikan tangan dalam keadaan bersih semasa berada di dalam perpustakaan supaya bahan-bahan tersebut selamat daripada kekotoran.
  • Tarik buku atau bahan-bahan lain daripada rak dengan perlahan untuk mengelak bahan-bahan tersebut daripada rosak, koyak, dll.
  • Semasa keluar dari perpustakaan, pengguna dikehendaki mempamerkan bahan-bahan yang dibawa keluar untuk pemeriksaan oleh Pengawas PSS
 

Leave a comment